Snow

9.23.2009

Kalau Dulu.. Tapi Sekarang...

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wbth..

Fiuh..fiuh.. berabuk sungguh laman blog ni..lama sungguh tidak ditacap..bukan setakat tidak ditacap, dijenguk oleh tuan rumah sendiri pun tidak berkesempatan. Sebaik tiba di rumah selepas habis waktu bekerja, mata menuntut haknya untuk direhatkan. Bukan aku tidak mencuba tetapi hasilnya masih sama. Kalau dahulu bersenggang mata mengulangkaji, sekarang hendak stay up sampai jam 11malam bukan perkara mudah.Bukan mudah hendak membiasakan diri daripada hidup sebagai pelajar kepada pekerja. Mengantuknya dia…



Hampir 3 bulan aku bekerja, pelbagai pengalaman yang aku timba. Dari sudut pergaulan dan komunikasi, imej,dan kemahiran mengurus masa bekerja antara yang aku timba. Encik Syaiful dan Kak Som paling banyak membantu memandangkan kami bekerja dalam seksyen yang sama. Pesan En Yazid “we are like family. Tak perlu segan..tak tahu terus tanya ..” di awal bulan bekerja perasaan malu-malu kucing memang tidak dapat dikawal. Kalau dahulu pergaulan banyak tertumpu di kalangan kawan-kawan yang seusia tapi kini jauh berbeza.Alhamdulillah, kini aku boleh bergaul dengan pelbagai lapisan umur dan pangkat di dalam ofis



Kehadiran Ramadhan pejabat aku diserikan dengan tilawah Al-Quran. Kalau dahulu bertadarus bersama sahabat-sahabat. Tapi tahun ini bersama pegawai-pegawai, akak-akak dan mak cik-mak cik. Seronok memang seronok. Tambah seronok dengan hadiah duit raya, kain telekung, kain pelekat dan kain batik sempena majlis khatam pejabat kami.



Tahun ini, paling tidak terasa kemeriahan Syawal. Kalau dahulu tertunggu-tunggu kaunter tiket bas dibuka untuk membeli tiket balik kampung tapi kini tak perlu panic dan kelam kabut. Sampul duit raya yang siap diisi dengan duit sedia tersimpan di dalam beg. Kalau dahulu menadah tangan meminta tapi sekarang kena memberi. Kalau dahulu ternanti-nanti kepulangan adik beradik di rumah, sekarang tidak lagi. Anak-anak mak dengan ayah semua belajar dan bekerja di sekitar rumah sahaja. Yang pastinya keseronokan masih terasa dengan kehadiran saudara mara yang kecil,besar,tua,muda, comel dan comot dan sebagainya..



Terlalu banyak perkara berubah dibandingkan dahulu dan sekarang. Dan kesemuanya tidak dapat dikongsikan di sini.Di kesempatan ini, aku memohon seinfiniti kemaafan buat semua yang mengenali merah_humaira sempena kehadiran bulan Syawal ini..Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal ‘Aidil Wal Faizin..

Kalau hari ini kita di dunia, esok pastikah kita di tempat yang sama... Al-Fatihah buat saudara-saudara seislam yang baru pergi menemui si Dia sebelum menyambut bulan Syawal bersama keluarga.


Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)..Surah Yunus:49


Read more...

Related Posts with Thumbnails