Di Sini Saya Melakarkan Melalui Penulisan, Mencurahkan Sesuatu Yang Berada Di Kotak Ingatan..Dengan Nama Tuhan Yang Kreatif Saya Menulis...
Snow
1.15.2011
Berwajah Baru
Read more...
1.07.2011
Siang Dan Malam
Malam yang penuh erti bagi mereka yang mendalami setiap detik yang berlalu. Berlalu bersama pahala atau berlalu begitu sahaja ditambah dosa. Dan tatkala detik-detik itu diniatkan dan dikerjakan biar jadi ibadah, maka beruntunglah mereka. Rugi pula yang sebaliknya. Manusia itu masanya sama. Yang berbeza cuma pengisiannya. Setengah berisi setengah kosong atau benar-benar kosong atau benar-benar terisi penuh. Yang pasti setiap yang masa berlalu itu pasti dihitung penggunaannya.
Firman Allah yang bermaksud : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )
Kerana itulah perjalanan siang dan malam bukan sekadar perjalanan biasa-biasa tetapi sesuatu perkara yang harus dikoreksi supaya esoknya yang ditempuh adalah hari yang luar biasa. Kerana keizinan yang diberi, mampu membuat kita tidak terjatuh di lubang yang sama berulang kali. Biar malam dan siang menjadi medan pertempuran manusia yang matang berfikiran, mampu membezakan buruk atau baik natijah sesuatu pengakhiran selepas sesuatu tindakan.
Malam yang masih berjalan. Ada cerita yang pelbagai. Jika dunia di tangan akhirat di hati. Kedua-dua harus seimbang. Kerana kita terikat dengan hukum bertuhan. Tawazun itu tampungan pada kelemahan. Kerana manusia itu tiada yang sempurna dalam kehidupan. Bersungguhlah mengejar akhirat melalui dunia kerana dunia untuk manusia itu tidak lama walaupun matahari hanya akan padam tika akhirat sahaja. Siang dan malamku hari ini bagaimana?
Read more...