Snow

12.06.2010

Catatan Tahun Baru. Ahlan Wasahlan Ya Muharram!

Sekali lagi kita dipanggil untuk berkongsi masa di tarikh baru 1432 Hijrah. Walau bagaimana rupa bentuk, cacat cela dan segala kekhilafan lain kita sebagai hambaNya sedikit pun tidak dipandang sipi oleh Al-Kholiq. Malah dijemput lagi menjadi tetamu 1 Muharram.


Setahun perjalanan di atas muka bumiNya sudah pasti menyimpan seribu satu cerita hidup. Sama ada kehilangan yang tersayang, peristiwa memalukan atau terkenang semula saat-saat bersama insan-insan istimewa. Semuanya bermain di ruang ingatan. Entahkan setiap sesuatu yang kita sudah lakukan mendapat redha atau murka. Yang kita sengaja atau tidak sedar. Tapi yang pasti Allah itu tidak leka. Setiap satu malaikat pembantu Allah awas dengan insan seliaan mereka. Maka, dengan penuh rasa bertuhan, kita panjatkan doa yang bukan sahaja diluah melalui lisan tetapi berkesan di hati.



Bermulanya tahun baru. Azam baru mula terukir di bibir masing-masing, dicatat dalam diari sendiri atau paling tidak hanya berangan-angan sementara untuk mencapainya. Almaklum semua berkata dan bertanya apakah azam tahun baru anda?. Berazam dan bertawakkal. Perkara yang tidak boleh dipisah. Seperti isi dan kuku. Aur dan tebing. Saling bersatu. Berusahalah sehabis baik, supaya tidak malu untuk bertawakkal pada Allah di akhirnya.

Malam yang syahdu, sambut Muharram sendirian. Moga Allah bahagiakan keluargaku, dan umat islam seluruhnya. Disihatkan tubuh badan dan diberkati rezeki, diberi kenikmatan ibadah, dijauhkan dari fitnah. Amin ya Rabbal'Alamin..



No comments:

Post a Comment

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails