Snow

10.11.2010

Sukarnya Keputusan Itu



Keresahan itu bertamu lagi. Sukarnya untuk mengerti dan dimengerti. Acap kali persoalan mengapa itu dilontarkan. Kekadang meminta izin waktu mereka yang bergelar sahabat mendengar luahan hati perkara yang sama. Layakkah saya menjadi seperti mereka yang kuat semangatnya?

Detik-detik ke pukul 6 petang bagaikan masa yang cukup memberi semangat pada saya. Saya mahu balik! Sudah-sudahlah bekerja!. Bebanan kerja terasa sama banyak dengan tekanannya. Air mata tidak pernah memahami erti kering. Lantas ia turun mengalir, tindak balas dari hati yang resah gelisah.

Sukar benar membuat keputusan. Berhenti atau meneruskan. Jika berhenti apa perancangan selepasnya dan jika diteruskan apa natijahnya. Mahu balik ke Perlis. Ya! Hati meronta-ronta mahu ditunaikan hajat yang satu itu. Bagaimana dengan bonda tercinta? Sudikah membenarkan anaknya pergi lagi..

Saya rindukan usrah, sahabat dan jamaah.. Tuhan yang Amat Mengerti, bantulah aku untuk mengerti kehidupan ini. Tunjukilah aku, agar keputusan itu hasil cuitan hati oleh Engkau jua ya Allah..




Read more...
Related Posts with Thumbnails