Snow

7.20.2009

Kerja Oh Kerja




Bismillahirrohmanirrohim...


Assalamualaikum wbth..


Kehidupan aku berjalan seperti biasa.. mengharungi saat-saat hari depan yang sentiasa mendebarkan. Jam 7.50 pagi sudah sampai ke pejabat dengan menaiki buroqku yang setia itu. Sesampai sahaja di meja, terus di on butang computer. Seperti biasa blog dan yahoo menjadi sajian pagiku.. dalam setengah jam aku menatap benda alah itu. Selepas itu aku memerhati..memerhati gelagat rakan-rakan sekerjaku yang pelbagai. Memang itu yang biasa aku lakukan. Melihat dan mentafsir manusia.. Bosan barangkali. Kerja aku tidak sebanyak mana. Kata Puan Azrina, baru masuk kerja, kerja memang tidak banyak mana pun..


Memang sudah kujangka tahap keboringan mesti berterusan di minggu kedua ini. buku “Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden” sentiasa tersemat dalam beg coklat kesayanganku itu (coklat warna kegemaranku), buat pengisian di waktu-waktu yang takut dibuang begitu sahaja. Mungkin sedikit perkongsian kali ini…


Syeikh Ahmad Yassin seorang tokoh yang menubuhkan HAMAS di Palestin. Sebelum berkenalan lebih jauh dengan tokoh dan perjuangannya, HAMAS dalam bahasa Arab di sebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyah dan bahasa Melayunya disebut Pergerakan Kebangkitan Islam. Ia diasaskan pada Disember 1987.


Syekih Ahmad Yassin merupakan seorang yang aktif bersukan dan cemerlang dalam pelajaran. Beliau tercedera dan lumpuh kaki apabila terjatuh ketika beriadah. Ketika itu umurnya muda lagi. Beliau sempat belajar sampai ke peringkat university tetapi tidak sempat menghabiskan pembelajaran kerana dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan Ikhwanul Muslimin. Walau pun begitu, balik sahaja ke Gaza, beliau bertinadak seperi singa di rimba, berani meluaskan pengaruh Islam dengan berperanan sebagai guru dan khatib di Masjid Ghaza.


Memang lumrah seorang pejuang, pasti ada yang memusuhi. Cubaan untuk membunuhnya tidak pernah berhenti. Sehinggalah tanggal 22 MAC 2004, jasad dan hati yang mulia itu gugur menyembah bumi melalui serangan peluru berpandu yang dilancar dari helicopter tentera Israel.. Walau jasad itu telah meninggalkan dunia, tetapi semangat perjuangannya terus mekar digalas oleh para pejuang hasil ddikan semangat yang ditunjukkan oleh beliau.
P/S: Teringat HAMAS, teringat lagu Merah Saga, dan fikiranku terus melayang ke Perlis…Rindunya..

Read more...

7.13.2009

Sekadar Berkongsi


Akhirnya, hari yang ditunggu tiba juga setelah pelbagai persiapan dibuat. Tak menang tangan dibuatnya. Bermula 2 bulan yang lepas. Apatah lagi bagi si bakal pengantin sendiri. Lagi “meriah” aksinya di “medan gelanggang”. Sampai di kampung, kulihat semua adik beradik yang sembilan itu berjumpa,bersalaman,bertanya khabar dan bersembang sakan. Riuh rendah rumah itu dengan suara adik beradik itu dan anak-anak mereka. Kurang seorang nun jauh berada di Sarawak, mempunyai tanggungjawab yang lagi penting di sana. Tidak dapat bersama dalam keseronokan yang kami rasa.

Malam itu berjalan dengan baik pada awalnya. Memang kujangka paling awal, jam 2 pagi baru boleh melelapkan mata. Almaklum banyak perkara perlu dibereskan. Apatah lagi sireh junjung yang mahu digubah sama seperti dalam majalah “Pengantin” masih belum siap lagi. Telur rebus pun masih belum diletakkan dalam sarung bunga telur walau jam sudah menunjukkan jam 12 malam. Malam itu ada juga yang menggosok baju yang ungu itu. Majlis kali ini menunjukkan kesatuan dalam pemilihan warna baju di hari perkahwinan dan ungu yang menjadi pilihan di kalangan adik beradik yang sepuluh orang ini…

Esoknya terdengar cerita si bakal pengantin “mengamuk” dengan orang yang berkaroake pada malam semalam. Pada awalnya sudah diberi “warning” agar langsung tidak dibenarkan majlis nyanyian seperti itu pada majlisnya. Kedudukan meja makan yang pada asalnya diasingkan antara tetamu lelaki dan perempuan juga diubah. Apalagi makin menjadi “amuknya”. Alhamdulillah.. peristiwa malam itu kecoh di kalangan adik beradik sahaja. Nasib baik… perjalanan majlis pun berjalan baik pada keesokan hari. Kesian dilihat pada si bakal pengantin ini. Tiada seorang pun dari kalangan kakak mahupun abangnya yang betul-betul setuju dan “support” tindakan berani si adik pengantin ini..Walaubagaimanapun, akhirnya kedua mempelai selamat diijab kabulkan dengan suasana yang aman damai..

Kalau kalian di tempat tersebut apa tindakan kalian???

Dan alhamdulillah, balik sahaja ke Seremban, aku terus mendapat panggilan daripada Pejabat Pembangunan Negeri mengatakan aku telah selamat dipinang oleh kerja. Aku PEKERJA sekarang!! Timbul perasaan takut yang amat sangat. Takut untuk berhadapan dengan karenah orang yang pelbagai. Takut emosi yang susah dijangka ini datang secara tiba-tiba. Sememangnya itulah yang selalu ditegur oleh sahabat dan kenalan. Kak norm, Zura, cik Nad dan sahabat yang tidak tertulis di sini..thanks ek doakan sahabatmu ini.. Doakan alang,saya,orang sentiasa.. rindu bangat dengan kalian di utara sana. Agak-agak boleh jumpa dan makan sekali macam malam tu lagi??? Huuu…


Read more...

7.07.2009

Bahagia Bersama Dia





Bismillahirrohmannirrohim…

Assalamualaikum wbth..

Tak terasa air mata mengalir pada mulanya, dada terasa begitu sesak, rasa bersalah yang amat sangat segera menghantui diri. Segala sifat rohman dan rohimNya bertandang dalam kotak fikiran.. Perlukah diketepikan seketika atau dikongsikan rasa cinta dan kasih sayang untuk Dia hanya kerana bahagia mendapat cinta manusia biasa. Persoalannya bahagiakah sebenarnya aku??

Lalu diajak diri mengembara.Kembara dalam berfikir dan mengenal diri sendiri. Kerana berfikir itu membuat diri berada di dunia reality, jauh sekali bermimpi apatah lagi berilusi. Secara mudahnya, bahagia itu memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Bukanlah di katakan bahagia itu tidak boleh dimiliki oleh orang yang sentiasa diuji dengan kemiskinan, kesihatan, mahupun kurang bijak dan sebagainya. Menyingkap lembaran Al-Quran yang tidak pernah menipu, yang bermaksud:

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (Surah An-Nahl: 97)

Menjadi orang yang paling bahagia di sisi Allah adalah yang paling didambakan kerana itu merupakan habuan Tuhan buat dia kerana mengagongkan cinta untuk Allah. Sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang meletakkan cinta dan kasih sayang untuk Allah lebih dari segalanya.

Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air..” (Surah Adz Dzaariyaat: 51)

Suburkanlah cinta dan kasih sayang untuk Allah lebih dari segalanya sama ada secara lahiriah mahupun yang dalaman.. Bahagia sungguh melihat hidup Rasulullah S.A.W yang menjadi orang yang paling bahagia walaupun diri sentiasa diuji dengan kehilangan orang-orang yang disayangi.. ayahnya, ibundanya, datuk dan bapa saudaranya, isterinya dan anak-anaknya yang turut meninggalkan Rasulullah ketika masih kecil.. Selepas itu, adakah Rasulullah tidak bahagia atau merajuk dengan Allah?? Tidak sekali.. malah dilipat gandakan lagi ibadah hanya untuk Allah dan baginda bahagia..kerana apa?? Kerana dia mendapat balasan cinta dan kasih sayang dari Sang Pencipta..

Firman Allah yang bermaksud:

“.. yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram. “ (Surah Ar Ra’du: 28)

Jadi, ketahuilah sahabat, apalah sangat diharap pada bahagia bersama si dia berbanding berbahagia dengan si Dia..

Firman Allah yang bermaksud:

Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai karunia yang tiada putus-putusnya. (Surah At Tinn: 108)


Tiada insan suci yang tiada masa lampau, tiada insan berdosa yang tidak memiliki masa depan


Read more...

Perkembangan...


Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wbth..

Pertama sekali, diri yang penuh kekurangan ini beristigfar pada Rabbu Jalil yang mengetahui segala isi hati manusia.. Sekalung kemaafan ditujukan buat pelayar-pelayar internet yang dirahmati Allah sekalian. Lebih-lebih lagi pada pelawat blog MAMPU YANG MENCETUS MAMPU yang sudi ziarah walau sekadar menjenguk-jenguk. Ketiadaan wireless di rumah secara tiba-tiba sedikit sebanyak menyebabkan susah sikit untuk meng”update” blog. Selepas selesai berprogram di Perlis, aku kini kembali untuk terus setia menulis, insyaAllah.. tetapi mungkin dari sudut kekerapannya sedikit berkurangan..

Selepas mendapat panggilan temuduga kerja pada hari Khamis, tiket balik ke negeri terus dicari..Alhamdulillah..jadual bas adalah sehari sebelum tarikh ditemuduga.. Perjalanan balik ke Negeri Sembilan, sedikit sebanyak menguji kesabaranku apabila 2 kali terpaksa bertukar bas di SHAHAB juga perhentian bas Butterworth. Mana tidaknya sebuah kotak buku yang agak berat serta 2 buah beg pakaian dan laptop terpaksa dijunjung,diangkat dan dibawa ke sana ke mari.. Penat dan lenguh sangat rasa bahu dan tangan.. Seketika teringat pada sahabat-sahabat yang turut menghantar ke perhentian bas pagi tadi.. Sedih tidak terkira rasanya..Buat kak Norm, Zura dan Cik Nad, Dik Mizah dan Dik Roshid.. terima kasih kerana sudi melambai tangan sehingga aku hilang dalam pandangan.. terima kasih semua..

Kerja yang kupohon hanya kerja kontrak selama 6 bulan.. Gaji pun tidak besar mana. Sesuai sahaja dengan pelajar lepasan SPM . Mencari pengalaman bekerja itu yang aku dahulukan.. Selesai ditemuduga pagi tadi, aku menarik nafas lega. Ramai juga yang hadir. Daripada siswazah lepasan sijil sehinggalah graduan lepasan ijazah. Sampai 12 orang semuanya. Cuma yang memohon jawatan yang sama hanya 5 orang. Mungkin aku ada peluang (aku membuat andaian sendiri).. Kepada semua siswazah yang masih belum bekerja lagi (mengganggur) di alu-alukan untuk komited mencari kerja. Janganlah bertindak terlau memilih kerja memandangkan ekonomi negara pada tahun ini kurang memberansangkan. Tanamkan juga tekad untuk terus istiqomah dalam perjuangan sekalipun bukan lagi bergelar daie kampus yang mungkin skop kerjanya tertumpu di dalam kampus..

Ya Allah,, aku mohon keberkatanMu.. aku mohon keampunanMu, aku tagih petunjuk dan hidayah dari Mu..ameen..

CC Ampangan,

11.50 am, Rabu, 8 Julai 2009


Read more...
Related Posts with Thumbnails