Snow

1.15.2011

Berwajah Baru

Blog saya kini berubah susunan dan warna. Nampak bersih dan suci, juga tidak serabut untuk memandang dalam tempoh masa yang lama. Mungkin putih itu lebih membuatkan idea-idea lebih mengalir deras untuk dicernakan di sini. Elemen kebudak-budakan juga cuba dikurangkan kerana blog itu melambangkan si empunya. Selamat membaca dan terima kasih kepada semua yang sudi singgah di laman saya ini (^______________^) v
Read more...

1.07.2011

Siang Dan Malam

Malam sudah mendatang. Matahari memberi ruang pula pada sang bulan memainkan peranan. Silih bergantinya bulan dan matahari tanda zikir dua makhluk itu. Zikir itu ingat maksudnya. Bila ingat maka tidak lupa akan pencipta lantas tunduk dan patuh dan atas segala arahan Tuhan. Besarnya hikmah penciptaan siang dan malam pada alam buana. Mengizinkan datangnya malam sesudah siang berhempas pulas dikerjakan oleh matahari. Maka, terimalah manusia sebagai makhluk Tuhan yang mendapat segala nikmat dari siang dan malam itu.

Malam yang penuh erti bagi mereka yang mendalami setiap detik yang berlalu. Berlalu bersama pahala atau berlalu begitu sahaja ditambah dosa. Dan tatkala detik-detik itu diniatkan dan dikerjakan biar jadi ibadah, maka beruntunglah mereka. Rugi pula yang sebaliknya. Manusia itu masanya sama. Yang berbeza cuma pengisiannya. Setengah berisi setengah kosong atau benar-benar kosong atau benar-benar terisi penuh. Yang pasti setiap yang masa berlalu itu pasti dihitung penggunaannya.

Firman Allah yang bermaksud : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

Kerana itulah perjalanan siang dan malam bukan sekadar perjalanan biasa-biasa tetapi sesuatu perkara yang harus dikoreksi supaya esoknya yang ditempuh adalah hari yang luar biasa. Kerana keizinan yang diberi, mampu membuat kita tidak terjatuh di lubang yang sama berulang kali. Biar malam dan siang menjadi medan pertempuran manusia yang matang berfikiran, mampu membezakan buruk atau baik natijah sesuatu pengakhiran selepas sesuatu tindakan.

Malam yang masih berjalan. Ada cerita yang pelbagai. Jika dunia di tangan akhirat di hati. Kedua-dua harus seimbang. Kerana kita terikat dengan hukum bertuhan. Tawazun itu tampungan pada kelemahan. Kerana manusia itu tiada yang sempurna dalam kehidupan. Bersungguhlah mengejar akhirat melalui dunia kerana dunia untuk manusia itu tidak lama walaupun matahari hanya akan padam tika akhirat sahaja. Siang dan malamku hari ini bagaimana?


Read more...

Related Posts with Thumbnails