
Surprise!! aku masuk ke bilik dia secara mengejut.. sengaja buat begitu..senyap bukan main. entah apa yang dibuatnya dalam bilik sorang-sorang dalam waktu begitu..kehadiran secara tidak disangka itu benar-benar mengejutkan dia.Lantas dia mengambil buku yang tadi betul-betul duduk di sebelahnya, lalu menutup separuh muka. Hanya mata yang kelihatan. Tetapi mata itu tidak boleh menipu.. merah seperti baru sudah menangis.. Rasa bersalah segera menyelubungi aku.. "ala, silap time pulak aku nak buat kejutan pada dia.." walaupun planning asalnya aku ingin menyambut hari kelahirannya secara mengejut.. "kenapa nih?? ada problem ek??" Dia geleng kepala..Buku yang dipegang tadi buat menutup muka masih di mukanya.. "Tak de ape lah" Kau keluar dulu,boleh??
Kesian aku tengok sahabat yang seorang ni..pagi tadi ada dia beritahu, birthday dia ramai yang tak ingat. Orang-orang yang diharapkan untuk wish pun seolah-olah tidak menyedari tarikh itu..Aku nampak dia keluar bilik. Ke tandas barangkali membasuh segala sisa tangisan di muka..aku pun apalagi.. time itu masuk ke bilik,cari sebarang bukti..apa sebab dia menangis ni..hmm..
Aku buka handset dia, (ops: kami memang rapat dan dia tidak ada masalah untuk memberikan handset masing-masing dan membaca inbox dan sent item). Memang tidak ada mesej yang sedih pada pandangan aku. Cuma ucapan-ucapan selamat hari lahir dari teman-teman seangkatan kami..

Harta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah
Ya Allah
PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha
Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan aku ulangi
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu
Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkan aku kembali
Ke jalan redhaMu
TIada lain yang ku harap
Hanya kasih sayangMu TUhan
Membawa ke rimbun keampunan
Ya Allah
PadaMu ku serah segala
" Kau ni potong stim betu la..baru je aku nak menghayati lagu mestica tu.."Aku tersenyum..kenal sungguh aku dengan perangai sahabat aku yang seorang ini.. sangat-sangat meminati dan menghayati lagu nasyid.. dan aku terus tersenyum memandang wajah jernih dia..
Morale of the story
2. Carilah ruang untuk kita mengenal Allah dan bermuhasabah diri. Saya dah dengar lagu Mestica tu, sedih giler..meleleh jugak air mata ini.. Anda boleh cari di laman web imeem.com. Saya tidak katakan di sini, hanya nasyid, tetapi apa sahaja jenis lagu yang langsung tidak membawa syirik kepada Allah dan lagu yang bukan memuji selain Allah.. cuba anda hayati lagu Kau Kekasih Awal dan Akhir nyanyian Jamal Abdillah, atau Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain.. Bayangkan "kau" dan "mu" dalam lagu tersebut ditujukan untuk Allah Rabbu Jalil..syok..tangkap feeling dengan kekasih sebenar.tidak percaya??.cubalah sendiri..
3. Binalah dan kekalkanlah ukhwah bersama sahabat-sahabat anda. Ingat tarikh lahir mereka dan wish tanpa hadiah pun pasti menggembirakan hati mereka. (bagi hadiah apatah lagi) . Save di handset atau tulis di planner bagi anda tidak lupa. Sedih tidak hati seorang sahabat bila dia sahaja yang berbuat demikian tetapi tidak bagi kawan yang lain? .. Mulakan dan anda tidak putus-putus akan sentiasa mendapat ganjaran yang besar kerana menggembirakan hati seorang sahabat..
Waallahu'alam..
Read more...