Snow

6.19.2009

Perlis Masih Di Hatiku..


Sudut tepi NEC khas untuk jualan..


Orang-orang penting NEC, kak ila dan kak mi..sibuk dengan urusan Hal Ehwal Pelajar


Aank murid yang manja bersama guru yang comel


Susah sangat ke Adel soalan cikgu bagi?? berkerutnya muka dia

Pintu depan NEC..

Bismillahirrohmannirrohim..

Assalamualaikum wbth…

Post kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman bertugas sebagai salah seorang guru tuisyen.. walau sebagai guru tuisyen, tetapi peranan masih lagi mendidik dan mentarbiyah (baca ni wahai guru, tugas kalian bukan benda yang main-main ).

Nisa' Educare Centre, Perlis memulakan operasi semenjak bulan Februari tahun 2009. selama 4 bulan beroperasi, NEC sudah mempunyai 85 orang pelajar sekolah rendah (maybe dah bertambah lagi). Dan aku juga salah seorang tenaga pengajarnya.. Mengajar subjek matematik dan sains bagi tahun 2 dan 3 serta subjek sains bagi tahun 4 dan 5, sedikit sebanyak menggugat kesabaranku. Tapi bagi kanak-kanak yang masih lagi belum mumayyiz macam di NEC ni, pendekatan psycho memang perlu banyak diaplikasikan

Apa yang menariknya NEC ini, berbanding pusat tusyen lain, ia bermula seawal jam 7malam. Masa setengah jam sebelum menanti masuk waktu maghrib, anak-anak NEC akan mendengar peringatan-peringatan berbentuk video, mengaji Al-Quran dan IQRA, teen circle dan sebagainya. Semua ini dibantu oleh fasilitator yang bertugas.

Selesai azan berkumandang anak-anak NEC akan solat secara berjemaah. Cara-cara menjawab azan, azan dan iqomah, doa selepas azan dan solat dengan betul semua ditunjuk oleh fasi yang bertugas. Bermula jam 8 malam kelas bermula dan berakhir jam 9malam. Mereka seterusnya akan solat isya berjemaah. “Slot” yang paling ditunggu oleh anak-anak NEC ini adalah makan sebelum pulang. Mereka pasti akan dijamu paling kurang pun dengan air liqo panas dan roti.. “Kadang-kadang student datang NEC bukan sebab nak belajar tapi seronok dengan jamuan ringan yang pihak NEC sediakan sebelum balik. Sebab itu perut kena jaga, baru yang lain-lain boleh juga” teringat kata-kata Kak Ila..

Itulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan. Peranan sebagai guru bukan terletak semasa di kelas semata-mata. Tapi ruang lingkup untuk mentarbiyah boleh berhenti apabila kaki melangkah keluar dari kelas. Bagi yang bergelar guru, berilah dengan penuh kasih sayang, peluklah, rangkullah anak murid anda ( bagi yang sekolah rendah sesuai la) Lebih-lebih lagi bagi yang belum berumah tangga, gunalah peluang untuk menilai bagaimana cara kita mendidik bakal anak-anak kita..wassalam…

No comments:

Post a Comment

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails