Snow

4.12.2010

Derita Tanpa Air

Air, sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dari manusia. Tiada air dalam hanya beberapa masa yang singkat manusia tidak boleh menjalankan kehidupan dengan baik. Hendak bercakap, hendak tidur apatah lagi perkara-perkara yang melibatkan segala bentuk ibadah yang sangat penting yang lain. Beristinjak, berwudhuk, mandi dan mengangkat hadas semuanya memerlukan air. Kata ayah, air perkara sensitif. Baru-baru ini, insiden ketiadaan air di kawasan rumah selama 3 hari benar-benar menguji kami seluruh penduduk kawasan.



Air adalah dari Allah. Satu nikmat buat hambaNya untuk menambahkan lagi rasa perhambaan kita padaNya. Benar kata bijak pandai andai nikmat itu ditarik, barulah manusia akan terasa menghargainya. Ramai benar manusia leka dengan ujian berbentuk kenikmatan ini.

Pengalaman solat semua waktu di masjid tika masalah air yang melanda menemukan saya dengan insiden mereka yang kurang menghargai nikmat dari langit. Air yang membuak-buak keluar diguna untuk berwuduk membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi satu hadith Nabi S.A.W

.

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Baginda S.A.W pada suatu ketika melinatasi Saad ibn Abi Waqas r.a yang sedang berwuduk dengan menggunakan air yang banyak. Lalu Baginda bertanya "Mengapakah dengan pembaziran ini?" Saad bertanya kepada Baginda: Apakah dalam soal wuduk pun dikira pembaziran? Baginda menjawab "Ya, walaupun kamu berada di sungai yang mengalir (Riwayat Ibnu Majah)

Jangan lupa harga setitis air, kalaupun kita mampu membayar dan kita mewah dengan sumber air!

Kita perlu berubah dalam sikap mengendalikan nikmat tidak ternilai ini. Manusia yang memaksa dirinya berubah adalah mereka yang berjaya..

No comments:

Post a Comment

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails