Snow

6.21.2009

Hikayat Cerita Dulu-dulu..MALAS



Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat
RAJIN belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku Katanya : "saya adalah yang paling malas"


Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari
dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".


P/S: Malas boleh jadi satu dosa sekiranya menyebabkan perkara yang wajib ditinggalkan dan agenda harian tergendala. Contohnya rasa malas nak solat, atau seorang pelajar rasa malas nak study lalu membawa kepada perkara yang melalaikan seperti main game yang berlebihan. atau contoh lain, malas nak update blog (untuk tujuan dakwah) bukan sebab tak ada masa tapi sebab malas..hmmm..sama-sama fikirkan..wallahu'alam..


Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya(dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali" Surah An-Nisa':4

4 comments:

  1. assalamualaikum..

    kak nur,saya suka post n blog akak ni. slh 1 nya krn post ini brmanfaat dlm agama suci kita. dan yg ke2 nya krn sy juga suka pnulisan wlu pun x terror mana.

    utk pngtahuan akak, sy suka penulisan yang menggunakan tamsilan(perumpaan). malangnya pengolahan sy selalunya merapu wlupun niat nak berdakwah (kelemahan sy yg nyata).

    hmm...sy cuba nak jwb teka-teki sal qari di sblh ni. jwpnnya pasal mereka xnak sakit telinga time alunan yg kuat dan pitching yg tinggi.huhu...

    wallahu 'alam!

    ReplyDelete
  2. salam ameen..thanks ek sudi komen..hmm..akak baru buat rebranding d blog ni..nk bagi yang simple n mudah diterima ramai.takpe..teruskan dengan menulis..insyaAllah..lama2 penulisan akan jadi bertambah baik..jwpn dia akak bagi kemudian,blh??nk bg surprise kt visitor lain yg nk jwab..hehe

    ReplyDelete
  3. ok...
    syukran sal sudi follow sy.
    teruskan berjuang dlm penulisan dakwah!

    takbir!

    ReplyDelete
  4. it's ok..afwan..

    ReplyDelete

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails