Snow

10.20.2009

Allah Yang Maha Adil.. BERSYUKURLAH…

Bismillahirrohmannirrohim..

Assalamualaikum wbth..




Tika ini aku masih mampu bernafas
Menghirup udara segar di awal pagi
Mendengar kocakan air di kolam
Serta decipan si pipit riang berkawan
Walau kini kadang-kadang aku kesunyian
Sunyi dari kehadiran teman-teman seperjuangan
Tapi Allah masih mengurniakan aku keluarga yang meraikan
Tidak menghalangi kerja dakwahku malah merestui..
Suburkanlah ya Allah.. akan hati yang merindui perjuangan warisan para anbiya yang terdahulu sehingga kini..


Aku bangga dilahirkan dengan hidayah islam bahkan aku terus memburu hidayah taufik yang tidak semua yang memiliki hidayah islam itu akan merasainya. Malu melihat manusia yang beragama islam menjadi penyebab kotornya agama yang suci itu. Kefahaman agama itu sifatnya didatangi bukan mendatangi. Perlu belajar, faham dan amalkan. Bila hati lari dari fitrah manusia yang perlu pada agama sebagai pedoman, maka terimalah musibah Tuhan sebagai pengajaran . maka perlulah kepada kelompok ghuraba’ yang membawa pengislahan di tengah-tengah golongan yang jahil beragama..
Adil sungguh Allah..


Memilih aku untuk merasai setitis dari nikmat untuk belajar di university. Walau terkadang aku rasa malas dan putus asa. Dunia akademik dan dunia pekerjaan memang berbeza. Masing-masing mempunyai ujian yang berbeza. Biarlah mata yang memandang membuat penafsiran sendiri. Hanya bagi orang yang melalui tahu perit getirnya. Walau tidak sepintar kawan-kawan yang lain, tetapi Allah Maha Adil memberi aku peluang memberi kegembiraan pada ayah dan ibuku pada hari konvokesyenku nanti.Hal kerja aku masih menunggu. Walau k erja tidak sebanding dengan kelulusan tetapi aku bersyukur masih diberi peluang menimba pengalaman bekerja. Prinsip aku, rezeki Allah ada di mana-mana dan tidak terhad pada masa tertentu. Yang penting bersabarlah. Allah kan Maha Adil.





Firman Allah dalam Surah At-Thalaq (65) ayat 3 ertinya “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Bila hati merintih hiba
Aku tahu bukannya aku keseorangan
Ayah bonda buat peneman
Adik beradik pemberi perangsang
Sahabat-sahabat mengutus doa harian
Dan teramat penting aku punya kekasih agong tempat mengadu segala permasalahan.
Hidup perlu diteruskan..
Terima Kasih Ya Allah atas keadilanMu..

No comments:

Post a Comment

Komen bernas pengunjung

Related Posts with Thumbnails