Snow

1.21.2010

Tarbiyah Yang Semakin Dilupakan


Amir bersama dengan adiknya, Aiman

Angah, camne nak buat ayat dengan perkataan tanpa kesudahan?? tanya adik saya, amir, sambil jarinya menunjuk pada tulisan bahasa inggerisnya di buku latihan. Endless.. Tinggi benar bunyinya untuk budak seusia 11 tahun, pada saya. Rupa-rupanya adik saya mencari makna tersebut dalam bahasa melayu terlebih dahulu sebelum membuat ayat..

Melihat semakin banyaknya kerakusan jenayah di bumi Malaysia membuatkan saya kecut perut memikirkan nasib akan datang kanak-kanak di zaman sekarang. Segalanya bermula dengan tarbiyah. Begitu kata-kata seorang tokoh dalam bidang agama, Mustapha Masyur. Ada ketika saya melihat ibu bapa tidak rasa sensitif apabila melihat anak yang baru usia awal belasan tahun dan belajar di sekolah rendah berpakaian tutup tidak sempurna (tidak bertudung,berseluar pendek). Mungkin pada pandangan mereka alah, biarlah dahulu, budak-budak lagi. Nanti dah besar pandailah mereka hendak tutup. Tak kurang juga ibu bapa yang memilih untuk memberi kebebasan pada anak-anak, memilih gaya hidup yang mencerminkan budaya barat semata-mata. Semua dibuat kerana melihat pada ungkapan kata.. "tak perlu lah buat begitu, begini, nanti apa orang kata.." bukan melihat pada apa yang Allah 'kata'

Saya tertarik dengan satu artikel penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi, antaranya menulis, membina rumahtangga adalah membina masjid. Biasa kita dengar ungkapan ini,tetapi sejauhmana pemahaman kita terhadap perkataan yang biasa kita ucapkan ini. Apa yang ada di masjid, adalah orang-orang yang beribadah. Ada majlis ilmu, zikir, solat berjemaah, ucapan salam sesama ahli jemaah dan sebagainya. Apabila rumahtangga yang dibina seperti membina masjid maka akan adalah aktiviti seperti itu di rumah. Solat berjemaah dan ayahnya sebagai imam, majlis ilmu dan ayahnya sebagai pentazkirah. Kerahkan semua anak. Baik yang besar mahupun kecil. Biarlah suasana di rumah terasa seperti suasana di masjid. Bukan terasa dek kerana tergantungnya ayat-ayat Al-Quran di dinding tetapi tidak dihayati dan diamalkan, ataupun sejadah yang hanya dilipat tepi dan hanya diguna bila perlu sahaja.

Jadi walau siapa pun anda, maka kita terlibat dalam agenda mentarbiyah. Kalau kita bukan seorang ayah atau ibu, kita masih kakak, abang, atau adik dan paling tidak kita adalah saudara seislam. Usaha mentarbiyah dalam memperkasakan umat islam tidak boleh disambil lewakan.

Adik saya datang mendekat. Ditunjukkan buku latihan bahasa inggerisnya. Nampak kerut di wajahnya. Susah barangkali. Saya cuba membantu lebih-lebih lagi bukan sepenuh masa boleh berada di rumah. Nampak sahaja saya menaip tentangnya di blog, dia tergelak. Lantas kami sama-sama tergelak. Tak sangka.. disebabkan amir (biiznillah), tercetusnya mampu dan mahu untuk angahnya menulis..

2 comments:

  1. Tarbiyah semakin dilupkan??
    eyt..tarbiyah 24 jam kak..huhu..
    kak bc karangan Ustaz Pahrol?kenal sgguh ke beliau?
    nasihat nuar nak bc buku kene belek2
    pengarang dia,
    nnti terkejut..huhu..

    ReplyDelete
  2. salam dik.. akak tidak nyatakan pun tarbiyah benda sambil lewa,bukan 24 jam. Cuma perbincangan di atas menceritakan orang kini memandang enteng, dan semakin melupakan tarbiyah.

    Kenapa perlu belek penulis. Belek penulisan dia sudah. Islam pun tak larang kita berkongsi ilmu, hatta dengan orang bukan islam. Selagi ilmu tersebut tidak menjatuhkan umat islam dan tidak bertentangan dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah,

    Pada akak, kita menulis biar dari hati. Supaya jatuhnya juga pada hati.. yang penting jgn syok sendiri.. ni pesan ustaz Pahrol..

    ReplyDelete

Komen bernas pengunjung

Related Posts with Thumbnails