Snow

4.07.2011

Uniknya Tugas Seorang Editor

Assalamualaikum pengunjung Harirujihadah,

Setelah hampir seminggu saya melalui kehidupan sebagai seorang editor, hari ini saya ingin berkongsi sesuatu.

Permulaan sebelum menyunting atau mengedit itu, adalah kerana kita diamanahkan dengan tugas tersebut. Jadi tidak boleh tidak, kita gagahi juga. Dalam kalangan editor itu kebanyakannya adalah graduan yang mengkhusus dalam bidang pengajian komunikasi massa atau pengajian islam. Tetapi itu permulaannya. Kita layak kerana kita mempunyai akademik yang baik yang mengkhusus dalam bidang yang berkaitan untuk menjadi seorang editor. Tetapi ia berubah apabila kita sedang menjalankan tugas sebagai editor. Kemahiran insaniah meletakkan diri di tangga yang pertama melepasi akademik. Sikap kita menyumbang 97 peratus sementara hanya 3 peratus disumbang oleh akademik dan kelayakan kita dalam bidang editorial.

Menjadi editor memerlukan kita mempunyai sifat ikhlas yang tidak pernah berhenti. Mengapa saya berkata begitu adalah kerana kita turut menyumbang kepada hasil sesuatu artikel yang disunting. Menarikkah isinya? Sampaikah mesejnya? Atau yang lebih mencabar lagi, mampukah para pembaca itu faham dan amalkan yang sepatutnya? Di situlah ikhlas diperlukan. Editor ialah mereka yang tidak kelihatan. Mereka menjadi seseorang di balik tabir pembikinan majalah atau buku. Editor ibarat penulis lirik lagu. Popularnya seorang penulis lirik itu, tidak sepopular penyanyinya. Lebih malang, peminat lagu tersebut langsung tidak mengetahui penulis liriknya. Penyanyi biasa diangkat tinggi darjatnya dan selalu disebut-sebut namanya berbanding seorang penulis lirik. Jadi, mari kita tanya pada diri kita sendiri termasuk saya, sukakah menjadi editor? Bersediakah mahu menjadi editor yang ikhlas hatinya?

Antara ciri penting seorang editor ialah mempunyai sikap berani. Berani menyunting di mana yang kita rasakan betul untuk dibetulkan, cantik untuk ditambah perkataan atau buang perkataan yang tidak diperlukan. Andai kata kita tersalah selepas proses menyunting mohonlah maaf kepada penulis. Kesalahan itu adalah perkara yang tidak boleh dielak. Jangan takut jika kita tersalah. Yang penting adalah tidak melakukan kesalahan kali kedua. Pesan Ketua Editor sepanjang bekerja buanglah sikap ambil hati sebaliknya buat sepenuh hati dan dari hati. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan baik.

Menjadi editor juga memerlukan ketelitian yang tinggi. Perkara pertama apabila mendapat manuskrip asal yang perlu disunting adalah "zoom out to "zoom in". Kita perlu melihat mesej yang mahu disampaikan oleh penulis. Adakah isinya menepati kehendak tajuk dan objektif yang ingin disampaikan. Baca berkali-kali artikel tersebut sehingga kita boleh menjiwai. Ini adalah peringkat "zoom out" iaitu melihat secara luaran dahulu. Kemudian, ketelitian seorang editor diuji lagi dengan melihat dengan lebih dekat dari sudut ejaan, tanda baca, tatabahasa, susunan dan kelancaran ayat dan perkataan. Proses ini dipanggil "zoom in".

Berpuluh-puluh tajuk, beribu-ribu perkataan, beribu-ribu ayat juga perlu diteliti. Mana mungkin seorang editor boleh lari daripada mempunyai sifat sabar! Meletakkan di minda kerja adalah kerja boleh menyebabkan tekanan. Sebaliknya meletakkan di minda kerja adalah ibadah yang memberi ruang untuk ke syurga, itu lebih merangsangkan. Renungilah kata-kata hikmah ini: "Siapa kita 5 tahun akan datang ditentukan oleh buku apa yang kita baca sekarang dan dengan siapa kita berkawan". Maka letakkan di hati, setiap kalimah yang dibaca dan disunting merupakan ilmu yang dapat mencorakkan kita pada masa akan datang. Wallahu'alam.






7 comments:

  1. OCCUPATION vs VOCATION

    Apa itu kerja? Semestinya kerja yang kita lakukan kerna wang.Bagaimana plak dengan vocation???

    Vocation membawa maksud perjuangan hidup iaitu apa yg kita perjuangkan mengikut perasaan/suara hati ataupun komitmen yg wajar dilakukan.

    Motivasi kerja datangnya dari luar manakala motivasi perjuangan datangnya dari dalam diri sendiri. :D

    ReplyDelete
  2. Mabruk dik atas perkongsian ini. Teruskan berkongsi..

    Moga segalanya dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan akhi Nazri dan terima kasih juga buat kak atriza kerana sudi berkunjung dan menitipkan di sini. InsyaAllah. Amin :D

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak. Semoga Allah sentiasa membekali kak dengan rasa ikhlas dan istiqamah di dalam melakukan usaha yang baik ini.

    Dikenali popular oleh penghuni langit adalah lebih baik dari dikenali popular oleh penghuni bumi. Kan kak? =)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Kamal. Amin, amin untuk doa itu.

    MasyaAllah! Benar sekali Kamal. Terima kasih sekali lagi kerana memberi ingat :D

    ReplyDelete
  6. uwah! yay to the editor! XD
    and yup! sya mmng terkesima sngat2 dngan editor sbb sanggup lakukan ap jew demi company AND novelist~ syabas abng editor!
    sya skrg tngah membuat novel sendiri pasal company editor, alhamdulilah sya jumpa sorce editor! bole laa sya ketengah kn kisah seorang editor! XD
    terima kasih bnyak2 sya ucap kn! :D

    ReplyDelete
  7. Terbaik. Saya memang tengah mencari pengalaman sebagai seorang editor. Saya baru lagi dlm pekerjaan ni. Terlalu baru. Gud job admin. Saya suka entri anda.

    ReplyDelete

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails