Snow

6.23.2009

PERISTIWA DI HARI LAHIR SI DIA


Assalamualaikum wbth..


Surprise!! aku masuk ke bilik dia secara mengejut.. sengaja buat begitu..senyap bukan main. entah apa yang dibuatnya dalam bilik sorang-sorang dalam waktu begitu..kehadiran secara tidak disangka itu benar-benar mengejutkan dia.Lantas dia mengambil buku yang tadi betul-betul duduk di sebelahnya, lalu menutup separuh muka. Hanya mata yang kelihatan. Tetapi mata itu tidak boleh menipu.. merah seperti baru sudah menangis.. Rasa bersalah segera menyelubungi aku.. "ala, silap time pulak aku nak buat kejutan pada dia.." walaupun planning asalnya aku ingin menyambut hari kelahirannya secara mengejut.. "kenapa nih?? ada problem ek??" Dia geleng kepala..Buku yang dipegang tadi buat menutup muka masih di mukanya.. "Tak de ape lah" Kau keluar dulu,boleh??

Kesian aku tengok sahabat yang seorang ni..pagi tadi ada dia beritahu, birthday dia ramai yang tak ingat. Orang-orang yang diharapkan untuk wish pun seolah-olah tidak menyedari tarikh itu..Aku nampak dia keluar bilik. Ke tandas barangkali membasuh segala sisa tangisan di muka..aku pun apalagi.. time itu masuk ke bilik,cari sebarang bukti..apa sebab dia menangis ni..hmm..

Aku buka handset dia, (ops: kami memang rapat dan dia tidak ada masalah untuk memberikan handset masing-masing dan membaca inbox dan sent item). Memang tidak ada mesej yang sedih pada pandangan aku. Cuma ucapan-ucapan selamat hari lahir dari teman-teman seangkatan kami..

Di sisi katil aku nampak buku yang dipegang tadi.. tulisan yang seperti doktor itu masih boleh difahami..Pandangan aku ia ditulis dalam keadaan yang cepat.. Dah sah lirik lagu nih.. Lebih kurang begini liriknya:
Justify Full
PadaMu ku serah segala
Harta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah
Ya Allah
PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha
Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan aku ulangi
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu
Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkan aku kembali
Ke jalan redhaMu
TIada lain yang ku harap
Hanya kasih sayangMu TUhan
Membawa ke rimbun keampunan
Ya Allah
PadaMu ku serah segala

Tiba-tiba...
" Kau ni potong stim betu la..baru je aku nak menghayati lagu mestica tu.."Aku tersenyum..kenal sungguh aku dengan perangai sahabat aku yang seorang ini.. sangat-sangat meminati dan menghayati lagu nasyid.. dan aku terus tersenyum memandang wajah jernih dia..


Morale of the story

1. Taubat perlu sentiasa diperbaharui kerana kita insan yang sentiasa melakukan dosa.. Dalam lagu nasuha yang dinyanyikan oleh kumpulan Mestica, seperti lirik di atas, dinyatakan dengan jelas ciri-ciri taubat nasuha..Di kesempatan bulan Rejab yang mulia ini garaplah segala peluang yang ada untuk memperbaiki segala kekurangan kita. Pakat-pakat puasa sunat dan sebagainya.

2. Carilah ruang untuk kita mengenal Allah dan bermuhasabah diri. Saya dah dengar lagu Mestica tu, sedih giler..meleleh jugak air mata ini.. Anda boleh cari di laman web imeem.com. Saya tidak katakan di sini, hanya nasyid, tetapi apa sahaja jenis lagu yang langsung tidak membawa syirik kepada Allah dan lagu yang bukan memuji selain Allah.. cuba anda hayati lagu Kau Kekasih Awal dan Akhir nyanyian Jamal Abdillah, atau Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain.. Bayangkan "kau" dan "mu" dalam lagu tersebut ditujukan untuk Allah Rabbu Jalil..syok..tangkap feeling dengan kekasih sebenar.tidak percaya??.cubalah sendiri..

3. Binalah dan kekalkanlah ukhwah bersama sahabat-sahabat anda. Ingat tarikh lahir mereka dan wish tanpa hadiah pun pasti menggembirakan hati mereka. (bagi hadiah apatah lagi) . Save di handset atau tulis di planner bagi anda tidak lupa. Sedih tidak hati seorang sahabat bila dia sahaja yang berbuat demikian tetapi tidak bagi kawan yang lain? .. Mulakan dan anda tidak putus-putus akan sentiasa mendapat ganjaran yang besar kerana menggembirakan hati seorang sahabat..

Waallahu'alam..

4 comments:

  1. salam...

    huhu...suspen jer.
    ingatkan kwn akak frust sal xde wish.
    rupanyer sedih mnghayati lagu.

    nak tnya akak,apa cara utk mengalirkn air mata?
    sy dah lama x nangis kecuali bulan lepas(skali je).
    tu pun pasal kucing sy si pikuk mati.
    nak nangis sal keinsafan, aduhai...

    akak bg tips2 sket.

    wallahu 'alam.

    ReplyDelete
  2. salam..

    tak layak rasanya untuk akak menjawab..
    sekadar berkongsi pengalaman..
    menangislah dalam keadaan kita ingat dan menyesali dosa yang terlalu banyak kita lakukan..banding kisah hidup kita dengan para sahabat Nabi...

    Ada sebuah kisah: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu : :andai kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis”. Anas berkata , ” seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.

    Dan yang ini, mungkin ameen pernah dengar:

    Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajipan kepada Allah” ( Riwayat At-Tirmidzi)

    Menangislah kerana Allah kerana tangisan itu sangat bernilai..Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  3. hepy belated beday...
    wait my gift...

    ReplyDelete
  4. alwan irsyad..i still waiting your gift..

    ReplyDelete

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails