Snow

7.07.2009

Perkembangan...


Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wbth..

Pertama sekali, diri yang penuh kekurangan ini beristigfar pada Rabbu Jalil yang mengetahui segala isi hati manusia.. Sekalung kemaafan ditujukan buat pelayar-pelayar internet yang dirahmati Allah sekalian. Lebih-lebih lagi pada pelawat blog MAMPU YANG MENCETUS MAMPU yang sudi ziarah walau sekadar menjenguk-jenguk. Ketiadaan wireless di rumah secara tiba-tiba sedikit sebanyak menyebabkan susah sikit untuk meng”update” blog. Selepas selesai berprogram di Perlis, aku kini kembali untuk terus setia menulis, insyaAllah.. tetapi mungkin dari sudut kekerapannya sedikit berkurangan..

Selepas mendapat panggilan temuduga kerja pada hari Khamis, tiket balik ke negeri terus dicari..Alhamdulillah..jadual bas adalah sehari sebelum tarikh ditemuduga.. Perjalanan balik ke Negeri Sembilan, sedikit sebanyak menguji kesabaranku apabila 2 kali terpaksa bertukar bas di SHAHAB juga perhentian bas Butterworth. Mana tidaknya sebuah kotak buku yang agak berat serta 2 buah beg pakaian dan laptop terpaksa dijunjung,diangkat dan dibawa ke sana ke mari.. Penat dan lenguh sangat rasa bahu dan tangan.. Seketika teringat pada sahabat-sahabat yang turut menghantar ke perhentian bas pagi tadi.. Sedih tidak terkira rasanya..Buat kak Norm, Zura dan Cik Nad, Dik Mizah dan Dik Roshid.. terima kasih kerana sudi melambai tangan sehingga aku hilang dalam pandangan.. terima kasih semua..

Kerja yang kupohon hanya kerja kontrak selama 6 bulan.. Gaji pun tidak besar mana. Sesuai sahaja dengan pelajar lepasan SPM . Mencari pengalaman bekerja itu yang aku dahulukan.. Selesai ditemuduga pagi tadi, aku menarik nafas lega. Ramai juga yang hadir. Daripada siswazah lepasan sijil sehinggalah graduan lepasan ijazah. Sampai 12 orang semuanya. Cuma yang memohon jawatan yang sama hanya 5 orang. Mungkin aku ada peluang (aku membuat andaian sendiri).. Kepada semua siswazah yang masih belum bekerja lagi (mengganggur) di alu-alukan untuk komited mencari kerja. Janganlah bertindak terlau memilih kerja memandangkan ekonomi negara pada tahun ini kurang memberansangkan. Tanamkan juga tekad untuk terus istiqomah dalam perjuangan sekalipun bukan lagi bergelar daie kampus yang mungkin skop kerjanya tertumpu di dalam kampus..

Ya Allah,, aku mohon keberkatanMu.. aku mohon keampunanMu, aku tagih petunjuk dan hidayah dari Mu..ameen..

CC Ampangan,

11.50 am, Rabu, 8 Julai 2009

No comments:

Post a Comment

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails