Snow

7.13.2009

Sekadar Berkongsi


Akhirnya, hari yang ditunggu tiba juga setelah pelbagai persiapan dibuat. Tak menang tangan dibuatnya. Bermula 2 bulan yang lepas. Apatah lagi bagi si bakal pengantin sendiri. Lagi “meriah” aksinya di “medan gelanggang”. Sampai di kampung, kulihat semua adik beradik yang sembilan itu berjumpa,bersalaman,bertanya khabar dan bersembang sakan. Riuh rendah rumah itu dengan suara adik beradik itu dan anak-anak mereka. Kurang seorang nun jauh berada di Sarawak, mempunyai tanggungjawab yang lagi penting di sana. Tidak dapat bersama dalam keseronokan yang kami rasa.

Malam itu berjalan dengan baik pada awalnya. Memang kujangka paling awal, jam 2 pagi baru boleh melelapkan mata. Almaklum banyak perkara perlu dibereskan. Apatah lagi sireh junjung yang mahu digubah sama seperti dalam majalah “Pengantin” masih belum siap lagi. Telur rebus pun masih belum diletakkan dalam sarung bunga telur walau jam sudah menunjukkan jam 12 malam. Malam itu ada juga yang menggosok baju yang ungu itu. Majlis kali ini menunjukkan kesatuan dalam pemilihan warna baju di hari perkahwinan dan ungu yang menjadi pilihan di kalangan adik beradik yang sepuluh orang ini…

Esoknya terdengar cerita si bakal pengantin “mengamuk” dengan orang yang berkaroake pada malam semalam. Pada awalnya sudah diberi “warning” agar langsung tidak dibenarkan majlis nyanyian seperti itu pada majlisnya. Kedudukan meja makan yang pada asalnya diasingkan antara tetamu lelaki dan perempuan juga diubah. Apalagi makin menjadi “amuknya”. Alhamdulillah.. peristiwa malam itu kecoh di kalangan adik beradik sahaja. Nasib baik… perjalanan majlis pun berjalan baik pada keesokan hari. Kesian dilihat pada si bakal pengantin ini. Tiada seorang pun dari kalangan kakak mahupun abangnya yang betul-betul setuju dan “support” tindakan berani si adik pengantin ini..Walaubagaimanapun, akhirnya kedua mempelai selamat diijab kabulkan dengan suasana yang aman damai..

Kalau kalian di tempat tersebut apa tindakan kalian???

Dan alhamdulillah, balik sahaja ke Seremban, aku terus mendapat panggilan daripada Pejabat Pembangunan Negeri mengatakan aku telah selamat dipinang oleh kerja. Aku PEKERJA sekarang!! Timbul perasaan takut yang amat sangat. Takut untuk berhadapan dengan karenah orang yang pelbagai. Takut emosi yang susah dijangka ini datang secara tiba-tiba. Sememangnya itulah yang selalu ditegur oleh sahabat dan kenalan. Kak norm, Zura, cik Nad dan sahabat yang tidak tertulis di sini..thanks ek doakan sahabatmu ini.. Doakan alang,saya,orang sentiasa.. rindu bangat dengan kalian di utara sana. Agak-agak boleh jumpa dan makan sekali macam malam tu lagi??? Huuu…

4 comments:

  1. salam....
    sokong bakal pengantin mengamuk...
    kalau saya ada kat sana,mungkin saya pun join mengamuk sama....
    hehehe....

    ReplyDelete
  2. salam..tapi keadaannya tak mudah taw..gotong royong menjayakan majlis diuruskan oleh satu kelab felda.. bila pengantin sound kat org yang karoake tu..dia balik kena sound kt geng2 kelab tu..sian dia..huhu

    ReplyDelete
  3. salam...
    insyALLAH...ALLAH permudahkan satu2 kerja yang elok tu...
    kira ok la tu....tahap keimanan cuma cegah dengan mulut...kalau pengantin cegah dengan tangan....maunya tak de majlis ari tu....hehehehe....
    boleh je tegur dengan cara lembut dan berhemah....
    silapnya bila "order" dj....karaoke ngan dj mana boleh dipisahkan....

    ReplyDelete
  4. em..walaubagaimanapun pengantin pun dah selamat..sekarang dah berbadan dua =) pengalaman dulu boleh kita jadikan pengajaran akan datang..insyaAllah..

    ReplyDelete

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails