Snow

2.26.2010

Apa yang terlebih perlu berbanding berarak

Pagi ini saya bangun seawal jam 5.30pagi membersihkan diri sebaik mungkin. Memakai pakaian yang paling baik. Untuk apa? untuk bersama-sama dengan kawan-kawan sepejabat dalam perarakan Maulidurrasul peringkat Negeri Sembilan. Sesampai di perkarangan Wisma Negeri kelihatan kontinjen-kontinjen bersemangat berbaris, memakai baju berwarna seragam lengkap dengan banner masing-masing. Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah..Tema itu yang dipilih pada tahun 1431 Hijrah ini..

Saya teruja untuk mengharapkan perarakan yang luar biasa mujarab. Biasalah peluang untuk berkumpul seramai mungkin sepatutnya digarab sebagai medan mendidik jiwa dan minda kakitangan yang datang dalam majlis perarakan tersebut. Tidak salah berarak dan berselawat tetapi apa yang lebih baik adalah penghayatan terhadap sambutan itu. Pada saya tidak menjadi masalah pihak atasan mewajibkan kakitangan memakai pakaian yang betul-betul menutup aurat (berkebaya diharamkan sama sekali, berselendang juga tidak dibenarkan, bertudung litup adalah terlebih perlu) kerana kuasa tertinggi yang dia ada.



Dari jauh saya melihat seorang perempuan berselawat tanpa memakai tudung. Tak kurang juga yang bertudung litup tetapi berani memakai kain terbelah menampakkan betis. Hati benar-benar sayu. Sayu kerana mengenangkan kasih Nabi terhadap umatnya yang tidak terbalas. Madu yang diberi tetapi sepah pula yang dibalas. Datang kerana terpaksalah wahai kaum Hawa sekalian?

Perarakan mengambil masa lebih kurang 30-40 minit. Penat dengan peluh yang mengalir melencunkan baju kami. Mengambil masa berehat seketika, mata memandang kepada pasangan-pasangan yang sempat berjumpa pasangan 'couple' masing-masing. Bermesra bagai mempunyai ikatan yang sah. Aduh musibah apakah ini? Jangan kalian burukkan majlis yang baik dengan agenda kalian yang melaghakan.

Apabila saya menghayati semula rahsia di balik selawat atas Nabi baru saya tahu mengapa tidak ada cinta terhadap Nabi di kalangan umatnya. Salah satunya adalah kerana kurang mengenali, kurang mengingati dan kurang menyebut serta kurang penghayatan terhadap tinggalan Nabi S.A.W.

Memetik kata-kata seorang penulis hebat, bila kita kenal sesuatu yang indah, baik dan benar, kita akan jatuh cinta. Bila sudah cinta, kita banyak mengingat apa yang kita cintai itu. Dan bila kita banyak mengingat, pasti banyak pula kita menyebutnya… Kata orang tua dahulu, bila hati teringat, mulut akan menyebut! Sama seperti kita jatuh cinta dengan manusia. Begitulah sifirnya. Kita kenal, ingat dan cinta datanglah pula sebutan selalu nama si fulan yang kita cinta itu.

Semoga Allah berikan hati yang sentiasa ingat kepada Rasulullah S.A.W lalu kita mampu berselawat ke atas baginda – sebagai tanda kasih, tanda cinta kepadanya. Walaubagaimanpun, tidak cukup jika berselawat pada Hari Keputeraannya atau membacanya hanya ketika dalam tahiyyat awal atau akhir, sebaliknya jadikan ia basahan lidah setiap masa – gembira atau berduka, ketika ramai atau bersendirian, siang mahupun malam. dan hidupkan sunnah Nabi seperti berpuasa sunat, bersedekah dan sebagainya. Moga ruh menyambut kelahiran Nabi kita bukan sekadar ditunjukkan melalui perarakan semata-mata..Ya Rasulullah kami ingin bersama bersamamu. Berikanlah syafaatmu tika di akhirat nanti..



2 comments:

  1. salam....
    pernah tengok tak wanita yang menjual tudung tapi dia sendiri tak bertudung?

    begitulah halnya dalam mengatakan kecintaan kepada RASULULLAH....benar...kita mengatakan cinta..kita mengatakan kasih...tak rela nama Baginda diejek ejek...ini diakui jika kita melihat keadaan yang berlaku pada masa kini...bagaimana ummat islam bangkit mengadakan tunjuk perasaan dan memboikot barangan keluaran denmark kerana satu karikatur yang menghina RASULULLAH...
    malahan baru baru ini sebelum tibanya 12 rabiulawal,ada segelintir jaguh2 melayu yang marah kepada ketua menteri pulau pinang kerana menyekat perarakan maulid nabi....
    tapi benarkah kita cinta jika sunnahnya tidak kita ikuti?benarkah kita kasih sedangkan beratnya mulut untuk berselawat untuk Baginda hatta sekali dalam sehari?sedangkan ALLAH telahpun Berfirman :sesungguhnya ALLAH dan para malaikat berselawat keatas nabi.wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah dan ucapkanlah salam keatas baginda. (Al-Ahzab:56)
    itukah cinta?itukah kasih?
    benar...kita adalah jaguh dalam mempertahankan nama Baginda...tapi setakat itu sahajakah peranan kita sebagai ummatnya?sedangkan Rasulullah adalah pembawa rahmat seluruh alam...
    dan baginda sendiri pernah bersabda :ku tinggalkan kepadamu dua perkara,jika kamu berpegang kepadanya maka kamu tidak akan sesat selama lamanya.itulah AL QURAN dan AS SUNNAH.
    kita marah jika RASULULLAH dihina tapi dalam masa yang sama kita sendiri yang menghina diri RASULULLAH dan agama yang dibawa oleh Baginda.
    menolak hukum ALLAH...melakukan perkara yang mungkar dan terpancar kebencian untuk mengerjakan yang maaruf...bukankah ianya satu penghinaan kepada ALLAH dan rasulNya?
    berterusanlah kita istiqamah dalam menafikan kehendak ALLAH dan RASULULLAH...maka kerja2 dakwah tidak akan berjalan dengan jayanya.jika tidak ada dakwah terhadap diri sendiri,bagaimana mungkin kita mampu berdakwah kepada non muslim?
    maka berbaliklah kita seperti wanita yang menjual tudung tetapi tidak memakai tudung....
    dia sendiri tidak percaya kepada produk yang dijualnya,maka takkan ada yang akan tertarik untuk membeli.jika adapun,atas nama tudung itu sendiri tetapi bukan tauladan yang ditunjukkan oleh sipenjual tudung...
    jadi...kaitkanlah dengan tajuk entri ini...insyALLAH...akan nampak perkara yang lebih penting...lebih utama dari perarakan....
    akhiruqalam....
    ingatlah sabda baginda ketika hampir terpisahnya roh baginda yang suci dari jasad baginda yang mulia.....bagimana kasih dan cintanya Baginda kepada kita.......

    UMMATI........UMMATI......UMMATI.....

    wallahua'lam....

    ReplyDelete
  2. salam...
    kemaafan dipohonkan kepada tuan empunya blog sebab memberi komen yang panjang....dah buat macam blog sendiri pulak....
    maaf.....

    ReplyDelete

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails