Snow

7.07.2009

Bahagia Bersama Dia





Bismillahirrohmannirrohim…

Assalamualaikum wbth..

Tak terasa air mata mengalir pada mulanya, dada terasa begitu sesak, rasa bersalah yang amat sangat segera menghantui diri. Segala sifat rohman dan rohimNya bertandang dalam kotak fikiran.. Perlukah diketepikan seketika atau dikongsikan rasa cinta dan kasih sayang untuk Dia hanya kerana bahagia mendapat cinta manusia biasa. Persoalannya bahagiakah sebenarnya aku??

Lalu diajak diri mengembara.Kembara dalam berfikir dan mengenal diri sendiri. Kerana berfikir itu membuat diri berada di dunia reality, jauh sekali bermimpi apatah lagi berilusi. Secara mudahnya, bahagia itu memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Bukanlah di katakan bahagia itu tidak boleh dimiliki oleh orang yang sentiasa diuji dengan kemiskinan, kesihatan, mahupun kurang bijak dan sebagainya. Menyingkap lembaran Al-Quran yang tidak pernah menipu, yang bermaksud:

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (Surah An-Nahl: 97)

Menjadi orang yang paling bahagia di sisi Allah adalah yang paling didambakan kerana itu merupakan habuan Tuhan buat dia kerana mengagongkan cinta untuk Allah. Sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang meletakkan cinta dan kasih sayang untuk Allah lebih dari segalanya.

Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air..” (Surah Adz Dzaariyaat: 51)

Suburkanlah cinta dan kasih sayang untuk Allah lebih dari segalanya sama ada secara lahiriah mahupun yang dalaman.. Bahagia sungguh melihat hidup Rasulullah S.A.W yang menjadi orang yang paling bahagia walaupun diri sentiasa diuji dengan kehilangan orang-orang yang disayangi.. ayahnya, ibundanya, datuk dan bapa saudaranya, isterinya dan anak-anaknya yang turut meninggalkan Rasulullah ketika masih kecil.. Selepas itu, adakah Rasulullah tidak bahagia atau merajuk dengan Allah?? Tidak sekali.. malah dilipat gandakan lagi ibadah hanya untuk Allah dan baginda bahagia..kerana apa?? Kerana dia mendapat balasan cinta dan kasih sayang dari Sang Pencipta..

Firman Allah yang bermaksud:

“.. yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram. “ (Surah Ar Ra’du: 28)

Jadi, ketahuilah sahabat, apalah sangat diharap pada bahagia bersama si dia berbanding berbahagia dengan si Dia..

Firman Allah yang bermaksud:

Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai karunia yang tiada putus-putusnya. (Surah At Tinn: 108)


Tiada insan suci yang tiada masa lampau, tiada insan berdosa yang tidak memiliki masa depan

2 comments:

  1. subhanallah...

    selama ini ramai yang alpa ketika dirundung masalah, lupa bahawa ALLAH sentiasa bersama kita. astaghfirullahal 'azim! semoga kita semua diampunkan ALLAH SWT!

    ReplyDelete
  2. kalau kita sayang seseorang, Allah lebih lagi sayangkan dia..kalau kita kecewa dengan seseorang maka Allah lebih lagi mengetahui kekecewaan kita..kalau kita berasa sedih dengan seseorang maka Allah lah lebih memahami diri kita..la tahzan..Innallaha ma'ana

    ReplyDelete

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails