Snow

11.19.2009

Anda Sebenarnya Berpotensi !!

Apabila tangan mula bermain di papan kekunci, hati terdetik elok sudahkah penulisan aku ini?? ada ke orang yang hendak membaca dan terus membaca dalam laman blog ini?? Persoalan seperti ini biasa aku rasakan dalam diri. Ramai lagi blogger yang berbakat dan hebat. Mampu menulis yang lebih baik dan mantap. Apabila perkara seperti ini yang bermain dalam fikiran, kadang-kadang aku padam semula frasa-frasa ayat yang baru aku bina. Bimbang isinya tidak menepati pilihan pembaca untuk terus membaca..


Menurut sebuah buku yang bertajuk "Apa Bakat Saya" terbitan PTS Millenia, penulis menimbulkan persoalan seperti tahukah kalian, kita semua mempunyai bakat semulajadi?? Tahukah sekiranya bakat semulajadi tersebut tidak kita bangunkan secara sedar, mungkin ia akan terpendam pada diri kita sampai bila-bila?? dan tahukah kita bahawa sekiranya bakat semulajadi tersebut dapat kita bangunkan dalam diri, ia bukan sahaja dapat memberi suatu keseronokan atau kepuasan malah boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan??

Apakah itu bakat?? Menulis, memasak, menyanyi, mengukir, melawak, bersukan, berpolitik.. ini semua adalah bakat. Bagaimana pula dengan sikap negatif seperti degil dan gementar. Sebenarnya ia juga adalah bakat jika dilihat dari sudut positif. Sikap degil menyebabkan sseorang terus gigih dan 'degil' untuk mencapai sesuatu kejayaan. Sikap gementar menyebabakan seseorang sentiasa bersedia sekiranya diminta untuk memberi ceramah atau berpidato.

Bakat perlu disekalikan dengan ilmu dan kemahiran. Bagi seorang penulis blog, jika kita mempunyai kemampuan mempengaruhi seseorang untuk setia membaca penulisan kita, maka itu adalah bakat. Tetapi kita juga perlu ilmu. Ilmu adalah fakta, pengajaran dan pengalaman yang kita alami. Ini semua boleh kita jadikan topik perbincangan dalam blog kita. Mana mungkin pembaca akan terus membaca jika topik perbincangannnya asyik berkisar benda yang sama. Ilmu perlu sentiasa di'update' seperti berita gosip yang sentiasa kita dengar di kaca-kaca televisyen.. Terkini dan 'panas'. Pembacaan juga perlu meluas. Supaya penulisan mengikut isu-isu yang menarik minat golongan pembaca.

Kemahiran pula dapat dipelajari melalui ilmu. Ia membantu kita dalam melakukan sesuatu perkara dengan baik tetapi bukan bermaksud menjadikan kita terbaik dalam perkara itu. Kemahiran untuk menarik minat pembaca blog seperti penggunaan warna dalam blog, gambar-gambar dan grafik berwarna, kemahiran kita untuk menghebahkan blog kepada orang ramai dan sebagainya juga perkara penting. Dalam erti kata lain, dengan kemahiran seperti ini, kita boleh mempengaruhi pembaca tetapi tidak semestinya kita boleh membuatkan semua orang boleh menyukai penulisan kita.

Bakat perlu dibangunkan..contohnya bagi anda penulis blog (termasuk diri sendiri) beranilah untuk menulis dan terus menulis. Gunakan ruangan maya sebagai tempat untuk mengasah bakat anda sendiri. Biar sedikit tapi menyumbang. Biar dilihat lekeh pada pandangan kita., tapi tidak semestinya sama pada pandangan orang ramai. Lama kelamaan tidak mustahil kita mampu menulis lebih baik lagi dari sekarang. Cubalah!!

6 comments:

  1. tulis..dan terus menulis..(kalau boleh melukis..lukis laa..hehe)..

    semoga terus menyumbang kepada pembangunan dakwah..dan pemantapan ilmu sahsiah di lapangan blog!

    semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  2. haha..kena ajar melukis dekat blog lah..tak pandai..hehe..penulisan yang bersahaja dan tidak syok sendiri..mungkin lebih memikat hati pembaca =)

    ReplyDelete
  3. saya tulisan syok sendiri kot..sebab tu xdapat memikat hati pembaca..hehe..

    tak ape..bakat boleh diasah..potensi diri perlu dicari!

    hehe..belajar..jangan tak belajar..

    ReplyDelete
  4. yeke..ramai admire dekat blog a.sharx..blog yang sedap mata mamandang..suci dengan warna putih..bukti lain komen yang banyak dan melampau..jeles dibuatnya..hehe

    ReplyDelete
  5. ane de..blog yang biasa..ni..ni..blog cik merah ni..hehe..berilmu jer kalau baca blog ni..

    komen yang melampau??..hehehe..(cane tu)..

    terima kasih..sini pun..tak kurangnya..ramai pengikut setia nya..

    ReplyDelete
  6. komen yang melimpah ruah..rezeki dari Allah.. =)

    ReplyDelete

Komen bernas pengunjung

Related Posts with Thumbnails