Snow

11.18.2009

Persoalan Cinta


Akak pernah bercinta?? Macamana akak salurkan perasaan cinta itu??
Suatu hari aku ditanya seorang adik. Riak wajahnya benar-benar perlu pada jawapan yang pasti
Terdiam seketika…memikirkan jawapan paling mudah difahami,dan jawapan yang ayatnya mampu menusuk ke jiwa remaja itu..

Teringat zaman dahulu..zaman mula berjinak-jinak dengan kerja dakwah. Pada waktu itu akulah adik. Dikelillingi oleh kakak-kakak yang banyak berkecimpung dalam dakwah jua. Soalan itu kerap aku tanyakan pada mereka.

”Cinta itukan fitrah. Cuma bergantung sejauh mana kita mangawal dalam diri. Kalau yang kita mujahadahkan itu baik, baik jugalah hasilnya. “Jawapan seperti itu kadang-kadang terlalu subjektif bagi aku. Selalu aku meminta penjelasan yang lebih lagi.. Bagi mengubat hati yang bergelojak ini.

Beberapa tahun selepas itu, bila kakak-kakak mula pergi meninggalkan alam kampus, maka aku pula yang menjadi kakak kepada adik-adik. Dalam umur seusia ini, sudah banyak yang aku belajar. Belajar dari pengalaman. Benarlah kata senior-senior aku, ada sesetengah perkara perlu dilalui sendiri. Baru kesannya boleh meresap ke dalam diri dan kita akan lebih faham.

Suatu ketika dulu juga aku pernah berdiskusi dengan seorang teman..
Tersentuh dengan cerita keyakinannya yang terlalu tinggi pada Allah. Perasaan untuk melamar orang yang dicintai terpaksa dikawal. Di saat kerja dakwah terlau banyak dan tidak akan terhenti, kekangan kewangan ,dan masih belajar lagi, niat itu terpaksa ditangguhnya. Mana mungkin boleh ber’couple’. Dirinya pasti menjadi fitnah orang sekeliling dan fitnah yang besar dalam agama.

“Biarlah.. aku redha..andai ada jodoh pasti tidak ke mana. Ya Allah, kau berikanlah aku piihan yang terbaik pada pandanganMu..bukan yang tercantik pada pandanganku. Aku redha Ya Allah dengan ketentuanMu. Aku letakkan sepenuh keyakinan hanya padaMu”
5 tahun berlalu. Allah tunjukkan yang terbaik buatnya . Setelah tamat belajar dan mempunyai pekerjaan tetap Allah temukan kembali dengan gadis impiannya.. Adil sungguh Allah..Semuanya perlu dengan baik sangka pada Allah, pengatur urusan terbaik..

“Akak, oo.. akak..”
Panngilan itu mematikan lamunan. Lama juga aku mengelamun. Mencari point untuk berdiskusi dengan adik yang seorang ini.

“Jawapan akak.. awak letakkan sepenuh keyakinan pada Allah. Simple word kan tapi tidak semua orang mampu aplikasikan”

Alah kak.. saya tanya lain tadi.. itu sahaja jawapan akak??
Aku tersenyum..lantas mengajak dia menyambung diskusi..muka bertatap muka. Lutut bertemu lutut..

Biasa.. aku dahulu seperti itu juga..=)

~Cinta itu perlu dikawal bukan ditahan~

4 comments:

  1. wajar memberi komen dalam thread sy:LOVE 2010..ustazah kena bagi komen kat situ..hehe

    ReplyDelete
  2. salam,, ana baca dah.. on the day...ana komen nnti yer..

    ReplyDelete
  3. salam....
    apa ada dengan cinta?
    pada manusia?pada dunia?pada harta?
    bukankah segalanya bersifat fana'..
    ketahuilah cinta yang ESA banyak ujian dan likunya...
    kerana disebalik kepayahan,yakinilah ada nikmat yang disediakan olehNYA...
    takkan ada jalan mudah bagi seorang pencinta....

    ReplyDelete
  4. Dalam cinta ada suka ada duka, ada pahit dan ada manis. Sama seperti dalam kehidupan yang bersifat fana yang kita lalui ini.. Allah ciptakan semua ini buat pencari cinta. Lumrah manusia biasa.. Akan ada rasa cinta. Kalau dilihat dari sudut cinta manusia,Saidatina Khadijah.. beliau pernah jatuh cinta pada Rasulullah S.A.W. Lalu dikhabarkan pada Ummu Aiman yang bertindak sebagai orang tengah. Semuanya perlu berhikmah. Ada saluran yang betul.Walau bagaimanapun redha Allah perlu diutamakan..maksudnya di sini perlu mengikut batas-batas yang ditetapkan syara'

    ReplyDelete

Komen bernas pengunjung

Related Posts with Thumbnails