Snow

3.26.2011

Lelaki Tua Di Pasaraya

Susuk tubuh itu sekejap ke belakang dan ke hadapan. Kiri dan kanan. Jalannya lambat-lambat. Matanya kadang-kadang dikecilkan seperti melihat benda yang jauh. Dengan matanya yang empat itu jua dia awas memerhati. Rambutnya sudah tidak banyak yang hitam. Sekali sekala kakinya ditolak ke hadapan. Laju.  Sengal-sengal berdiri lamanya sedikit hilang. Semoga... Dengan jaket yang tersemat di tubuh, dia tekun memerhati seolah-olah orang besar juga di situ.

Tugasnya tidak lebih dari memerhati dan menegur. Memerhati kemudian menegur sekiranya ada bunyi dari pengesan kod bar barang yang tidak dijual tetapi berjaya di bawa keluar dari pasaraya. Pernah sekali di berjaya mengesan pencuri minuman keras dari dalam pasaraya. Terkagum dengan ketelitiannya mengesan lantas menangkap pencuri tersebut (saya fikir mungkin si peminum sudah mabuk) walaupun pada masa itu pencuri berjaya keluar dari sekatan pengesan kod bar barang.

Semasa hendak pulang tadi, dalam keadaan hujan yang renyai-renyai saya melihat lelaki itu membawa motor kapcainya. Dengan tubuh yang sudah tidak sekuat dahulu, lambat-lambat cuba dihidupkan motornya. Tambah-tambah lagi hujan renyai-renyai. Enjin sukar sekali untuk dihidupkan. Entah mengapa hati merasa sayu. Penat kaki yang berdiri berjam-jam lamanya dipaksa untuk menghidupkan motor usang pula. Dalam hati bertanya, di mana anak-anaknya?

Dalam usia sekitar 60-70 tahun itu, seharusnya berfikir untuk lebih bersama keluarga. Tambahan lagi sekiranya kudrat tidak kuat lagi. Simpati. Di mana silapnya?

P/S: Entri ini ditulis sewaktu saya bekerja di sebuah kedai buku di sebuah pasaraya berapa bulan yang lepas. Ini semua gara-gara kekeringan idea (=.=).

InsyaAllah akan kembali dengan idea yang segar. Nantikan ya 。◕ ‿ ◕。

5 comments:

  1. assalamualaikum...
    ni kat econsave ke ni (^_^)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Iyalah. Di mana lagi. Tempat jejak Tuan Rahman satu masa dahulu juga :D

    ReplyDelete
  3. Ia memang meruntun hati bagi yang melihatnya. Semasa saya di situ dan melihatnya, saya terbayangkan ayah sendiri. Umur lebih kurang begitu juga. Mujur tidak kerja seperti itu. Perlu berlama-lama berdiri.

    ReplyDelete

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails