Snow

11.21.2009

Cepatnya Masa Berlalu


Jam di dinding ofis berdenting lagu seperti biasa tepat jam 4.3o petang. Kawan-kawan lelaki sepejabat yang duduk berdekatan aku mencipta lagu sendiri mengikut irama lagu tersebut. Lawak dan mencuitkan hati dengan perangai mereka. Girang barangkali hendak balik ke rumah masing-masing. "Wah, cepat betul masa berlalu. Sudah hendak balik.. Baru sebentar tadi rasanya aku bersarapan bersama Kak Izi dan Ika.."

Teringat aku dengan hadith Rasulullah S.A.W yang cukup mahsyur yang bermaksud salah satu tanda kecil dekatnya dengan hari Kiamat adalah waktu yang berlalu terasa singkat. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari dan sehari bagaikan sejam.

Jumhur ulama' tidak menafsirkan singkatnya waktu dengan kecepatan bumi ini bergerak di atas paksinya. Atau bermaksud bumi bergerak dengan kadar waktu lebih cepat seperti 20 jam sehari contohnya. Bukan.. tetapi para ulama' hadith berpendapat bahawa sesuatu itu telah dicabut keberkatannya oleh Allah. Termasuklah keberkatan waktu dan ini adalah merupakan salah satu tanda dekatnya dengan hari kiamat

Emm.. apa maksud berkat??.. biasa dengar perkataan hari yang penuh berkat, malam yang dipenuhi dengan keberkatan.. rezeki yang diberkati Allah..biasa bukan?? berkat bermaksud kebaikan yang banyak. Dalam konteks keberkatan waktu, seseorang akan merasakan kuantiti masanya berbaloi dengan kerja atau ibadah yang dilakukan (tidak tertumpu pada ibadah khusus sahaja) ataupun kualiti kerjanya berkembang sehingga melampaui kuntiti masa yang dia ada.

Bagi orang yang beriman pada Allah, keberkatan waktu itu datang kerana setiap masa, mereka merasakan taklifan sebagai hamba Allah untuk beribadah pada Nya tidak pernah berhenti. Sebab itu, ramai di kalangan sahabat Nabi dan orang-orang terdahulu akan terasa sangat menyesal apabila waktunya berlalu tanpa apa-apa pengorbanan yang dibuat untuk agama tercinta. Berbeza dengan orang zaman sekarang.. sedih dan menyesal bila kehilangan duit atau barang berharga yang lain.

Kalau dilihat pada Sultan Muhammad Al-Fateh dipilih menjadi Sultan Kota Konstantinopel pada usia 19 tahun. Kalau difikir secara logik, pada usia semuda itu, mampukah beliau memimpin. Melainkan dengan usaha beliau menggunakan waktu dengan belajar memanah, menunggang kuda, kemahiran menggunakan 7 bahasa dalam bertutur, serta persiapan-persiapan ilmu peperangan yang lain. Maka umur bukan halangan. Keberkatan waktu yang diperolehinya memungkinkan dia menjadi seorang pemimpin terulung. Sesuatu yang tidak mustahil.

Ketahuilah bahawa kita diciptakan dengan suatu tugas yang amat penting dan waktu adalah "modal" untuk kita mengembangkan "perniagaan" untuk mengaut keuntungan di akhirat kelak. Tugas-tugas kita tidak boleh dilaksanakan dengan baik andai waktu tidak digunakan dengan baik. Jauh sekali hendak mendapat keberkatan dalam waktu. Kata-kata Imam Hassan Al-Banna yang popular di kalangan kita.. Tanggungjawab yang kita pikul melebihi dari masa yang kita ada..

"Mira.. tak nak balik ke?? Pukul 5 dah ni.." emm..nak balik dah ni.."aku menyahut. Setengah jam yang berlalu singkat sahaja pada aku.. Aku bangun.. terus mencapai kunci buorqku.cepat betul masa berlalu..alhamdulillah..petang ini tidak hujan dapatlah aku balik dengan tenang. Kalau tidak habis basahlah aku dan buroqku..

P/S: berhasrat membeli tunggangan beroda 4. Doakan aku..

6 comments:

  1. salam...

    bertanya Al Imam Ghazali kepada murid2nya....
    "apakah yang paling jauh?
    lalu murid2nya menjawab.... bulan,matahari,bintang,negeri china..
    lalu Al Imam Ghazali menyetujui semua jawapan anak muridnya tetapi yang lebih tepat lagi adalah masa yang telah berlalu....
    masa yang telah lalu tidak akan kembali lagi...sesaat pun tidak biarpun kita ingin membelinya dengan segala isi dunia ini....
    DEMI MASA..............

    ReplyDelete
  2. to rahmanw..agak-agak kalau masa boleh dibeli kembali berapa ramai manusia yang boleh berabis duit untuk kembali ke zaman dahulu..dan itu pun adakah ingin kembali membetulkan kesilapan di waktu dahulu atau hanya bersuka-suka..manusia oh manusia..

    ReplyDelete
  3. to sufihanan..yeah tapat sekali..perlis masih di hatiku..",

    ReplyDelete
  4. salam....
    hmmm.....ni cerita kalau masa boleh dibeli la ya....
    saya yakin orang yang masih mengenggam dunia ditangan kanannya dan nafsu ditangan kirinya...pasti sanggup membeli masa...
    nak tau berapa harganya?
    yang tu apabila dia sudah nazak dan berurusan dengan malaikat maut...hehehe...
    sekali lagi saya kata...tupun kalau masa boleh dibeli :-)

    dengan nama ALLAH....
    Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan? (IBRAHIM 44)

    ternyata orang2 yang ingkar tetap dengan keingkarannya walaupun 10 kali dia dihidupkan kedunia ini....na'uzubillahiminzalik...

    -wallahua'lam-

    ReplyDelete
  5. emm.. keras benar hati manusia ya..di saat malaikat maut ingin mencabut nyawa sempat lagi berurus niaga..

    Firman Allah yang bermaksud..Dan tetaplah kamu memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman..

    Terima kasih=)

    ReplyDelete

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails