Snow

11.30.2009

Wanita Lebih Pintar Daripada Lelaki??


Benarkah wanita sekarang lebih pintar? Ternyata di mana-mana kampus, wanita yang mendominasi. Hampir 80% tempat di universiti dipenuhi oleh wanita. Di tempat kerja sekalipun (terutama di tempat kerja saya sendiri) pegawai-pegawai dilihat lebih ramai di kalangan wanita. Dari sudut kepimpinan dalam negara, wanita dilihat duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan 'Yang Berhormat' yang lelaki.. Masing-masing mampu menyumbang pada negara sekalipun dia seorang wanita. Walhal kalau dilihat pada calon-calon terbaik SPM khususnya, hampir setiap tahun, pasti dia seorang wanita.

Bijak belajar, luas pengetahuan, berani berhujah secara logik dan mantik serta terkehadapan.. Adakah ini dikatakan pintar?? Saya persoalkan sekali lagi untuk kita sama-sama fikirkan...Benarkah wanita sekarang lebih pintar??

Pintar itu merujuk pada suatu perkara yang berharga dan bernilai. Maka di sini boleh kita kategorikan orang yang pintar itu adalah aset pada sesebuah organisasi atau institusi. Sayang kalau hanya disimpan dan tidak diguna. Beruntung bagi orang yang memiliki mereka. Dalam penciptaan manusia itu, Allah lengkapkan dengan unsur-unsur tertentu. Ia merangkumi roh, qalb, emosi, akal, dan jasad. Mereka yang berjaya membangunkan kompenan-kompenan ini sepanjang hidup mereka, maka dialah yang pintar!

Amar makruf nahi munkar berkait rapat dengan roh seseorang. Roh yang hidup dan 'bangun' sentiasa waspada dengan tuntutan syariatullah. Takut dengan dosa dan seronok beramal ibadah. Amal yang syubhah atau ragu-ragu sedaya upaya akan dihindarkan. Bagi hukum-hukum syarak seperti wajib, haram, sunat,makruh dan harus juga dijaga rapi. Kalaulah dia seorang majikan lagaknya tawaduk, menghormati orang bawahan. Rasuah jijik dipandang apatah lagi melakukan. Seboleh-bolehnya pandangan pekerja bawahan adalah sebab penghormatan bukan kerana ketakutan.

Elemen kedua adalah qalb. Selalu kita dengar bicara orang. Renunglah dengan mata hati tiap peringatan yang kita perolehi. Itulah qalb. Selepas mendengar dan melihat, qalb lebih berpotensi untuk memberikan pilihan yang terbaik, membuat penilaian dengan lebih tepat. Bagi elemen emosi, ia terbina dari nafsu. Manusia bukan seperti malaikat yang bersih dari nafsu. Adanya nafsu membuatkan kehidupan manusia lebih teratur dan sesuai dengan kehidupan manusia di dunia. Kita boleh makan dan kuat beramal ibadat, berkahwin dan punya anak, tidur dan sihat tubuh badan, mengumpul harta dan bersedekah. Walaubagaimanapun, nafsu perlu disalurkan kena pada tempatnya. Pengurusan nafsu bagi seseorang, membolehkan dia terlepas dari bertuhankan nafsu yang keji.

Kompenan seterusnya merupakan akal. Akal menyebabkan manusia boleh bertindak mengurus alam dengan adil. Manusia yang menggunakan akal, akan sentiasa rasional dengan keputusan yang dibuat. Mereka lebih cakna dalam memakmurkan bumi sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah. Seterusnya adalah jasad. Ia membawa maksud tubuh. Tubuh atau jasad yang baik hasil dari makanan yang baik. Setelah jasad telah terbina, maka ia perlu dijaga agar sentiasa dalam keadaan yang baik juga. Ini juga membawa erti jasad perlu nampak baik,sihat,wangi dan cantik. Jadi, personaliti perlu kemas, menutup aurat, tubuh sentiasa bertenaga dan badan ada wangi-wangian untuk mengelakkan bau badan.

Kelima-lima ini adalah elemen untuk menunjukkan kepintaran. Andai dibangunkan kesemua unsur ini, tidak mustahil kita boleh menjadi pintar. Kalau wanita lebih ramai masuk universiti berbanding lelaki atau kalau wanita lebih ramai berkerjaya dan berpangkat tinggi lebih dari lelaki, mungkin boleh dikatakan wanita lebih komitmen dan berdisiplin tinggi. Jadi golongan lelaki, anda seharusnya belajar lagi dari wanita.

Kepintaran pastinya milik semua. Terpulang pada anda untuk menggunakan segala apa yang anda ada untuk membuktikan anda sebenarnya adalah pintar. Tidak kira anda wanita atau lelaki. Terlalu subjektif pintar itu. Lebih-lebih lagi penciptaan manusia itu unik dan penuh seni. Dan ingatlah 'Maha Pintar' itu hanya milik Allah.

Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? (Surah Al-Baqarah:140)

4 comments:

  1. salam...
    menarik....
    insyALLAH...saya cuba ulas sedikit....
    insyALLAH....

    ReplyDelete
  2. salam...
    pernah dulu sorang duapupu saya (pompuan) mintak saya doakan supaya dia lulus peksa dan minta kata2 perangsang...
    jadi saya katakan..."seeloknya dia yang berdoa sebab orang yang lebih kuat pengharapannya pada ALLAH lebih mudah ALLAH nak terima doanya...kalau dia suruh saya,belum tentu saya mampu saya bersungguh2 dan lebih teruk lagi,belum tentu saya ikhlas"
    dan saya katakan pada dia....
    jangan niatkan kamu belajar semata mata nakkan segulung diploma/ijazah atau semata mata nakkan satu pekerjaan yang bagus2....sebab akan datang ilmu tu akan memakan diri kamu sendiri....bimbang dengan kebijaksanan kamu,kamu akan jadi seorang yang sombong dan bongkak dan lebih menakutkan lagi dengan ilmu kamu yang sedikit tu,kamu cuba nak melawan ALLAH.
    tapi niatkanlah kamu belajar semata mata kerana ALLAH...semata mata nak memartabatkan agama ALLAH...walaupun apa yang kamu belajar tu adalah fardhu kifayah...
    memang tak dinafikan pelajar perempuan lebih mendominasi ipta/s...tapi bagi saya bukan kerana perempuan lebih pintar dari lelaki tapi kebanyakan lelaki pada hari ni tidak menggunakan kesempurnaan akal yang telah diberikan olah ALLAH...atau dengan kata ringkasnya...MALAS...:-)
    namun apa yang nak saya sampaikan adalah...tidak kira siapa yang lebih pintar...seandainya dia menggunakan kepintarannya dengan cara dan jalan yang salah...maka tak bergunalah kurniaan yang telah diberikan oleh ALLAH kepadanya....sebagai contoh...sufiah yusuf...
    pernah juga seorang sahabat berkata kepada saya...(maaf kalau bahasa agak kasar)
    "pelajar2 ipt sekarang ni makin tinggi belajar makin bodoh.cinta punya pasal sanggup jual batang tubuh...merelakan adegan ranjang dirakam...lepas tu bila adegan tu tersebar...baru nak tau rasa malu...menangis...kenapa sebelum tu tak fikir dulu?sedangkan diorang ni bijak2 belaka...tak kesiankan makpak yang susah2 carik duit nak tampung perbelanjaan diorang...merosakkan nama baik keluarga...kalau macam ni,baik suruh diorang dok rumah...tolong makpak lagi baik..."
    ingatlah....ilmu adalah amanah...dan akan dipertanggungjawabkan ketika berhadapan dengan ALLAH.sebagaimana kata2 seorang pakar motivasi yang pernah saya dengar ketika memberikan motivasi pada para pelajar,"saya tidak memandang pelajar yang tidak menjaga agamanya...tidak solat...tidak menutup aurat SEKALIPUN dia mampu mendapat 30A dalam peperiksaan..."

    -WALLAHUA'LAM-

    ReplyDelete
  3. Melihat kepada jumlah wanita yang ramai, kini (petanda akhir zaman), mungkin salah satu sebab institusi pendidkan dihuni ramai wanita. Benar, saya setuju dengan pendapat akhi rahman. Wanita itu 'diberi peluang' oleh lelaki yang telah 'menolak peluang' untuk belajar.

    Saya yakin pilihan Allah tehadap orang yang pintar semuanya bertapis. Selepas dipilih untuk masuk universiti hasil daripada usahanya dan tapisan Allah maka dia berjaya grad dengan skroll diploma/ijazah. Ada juga yang kecundang di tengah jalan (sambil leka semasa belajar, sikap negatif seperti malas, pengaruh kawan, dan gagal mengurus masa dengan baik)

    Bila bekerja, sekali lagi dia ditapis Allah, adakah dengan kepintaran yang dia ada atau tingginya pointer yang diperoleh suatu masa dahulu membuatkan dia terus berjuang untuk agama, menyumbang duit dan tenaga atau langsung tidak bersyukur pada Allah.

    Berlakunya tapisan lagi... dan bagi siapa yang benar-benar pintar dialah akan terus mara menempuh banyak lagi kehidupan akan datang. Bagi yang tidak, maka dia tersungkur dari golongan pintar itu tadi. Atau keluar dari golongan 'pintar' yang pernah dia dapat dahulu.

    Begitulah seterusnya, semua manusia tidak kira lelaki atau wanita pasti diuji untuk menentukan adakah dia benar-benar pintar atau sebaliknya..

    ReplyDelete

Komen bernas pengunjung


Related Posts with Thumbnails